You are here
Home > Arena Musik & Artis Sabah > Esther Applunius Menang Perak Di World Championship Of Performing Arts (WCOPA) 2017

Esther Applunius Menang Perak Di World Championship Of Performing Arts (WCOPA) 2017

World Championship Of Performing Arts (WCOPA) ke-21 telah berlangsung pada 1 Julai sehingga 9 Julai 2017 yang lalu bertempat di Long Beach, California.

Kejohanan ini merupakan kejohanan seni peringkat dunia. Ia seolah-olah olimpik kepada dunia seni yang merangkumi bakat nyanyian, tarian, bermain alat muzik dan permodelan.

Sebanyak 50 negara bertanding dalam kejohanan ini termasuk Malaysia. Daripada 14 peserta yang mewakili Malaysia, 3 peserta adalah berasal dari Sabah. Mereka ialah Esther Applunius (nyanyian), Dayang Izyan Zawanie (nyanyian) dan Nelson Thien (Tarian).

Esther Applunius bukan sekadar bertanding, pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular Anugerah Lagu KDCA 2015 ini juga merangkul pingat perak dalam dalam kejohanan tersebut!

Atukoi FM tumpang bangga dengan kejayaan beliau. Tahniah kepada Esther atas kejayaannya.

Sumber: theborneoblog.com, broadwayworld.com

One thought on “Esther Applunius Menang Perak Di World Championship Of Performing Arts (WCOPA) 2017

Leave a Reply

Top