You are here
Home > Kalendar Aktiviti di Atukoi FM > Jalinan Aidilfitri Anjuran Atukoi FM dan Rakan, Success!

Jalinan Aidilfitri Anjuran Atukoi FM dan Rakan, Success!

Dalam kita bergembira menyambut Hari Raya, golongan kurang berkemampuan jangan sekali kita lupakan.

Pada 16 Julai yang lepas, Atukoi FM dengan kerjasama KDS EMAS, ENN EVY dan Komulakan Lotud Sabah Association (KLOSA) buat julung kalinya menganjurkan Rumah Terbuka Jalinan Aidilfitri Bersama Rumah Anak Yatim Yayasan 1 Suria Tuaran di Linangkit Cultural Village Tuaran yang juga merupakan penganjur bersama program ini.

Pihak penganjur menyambut ketibaan adik-adik dari Yayasan 1 Suria Tuaran
Pihak penganjur menyambut ketibaan adik-adik dari Yayasan 1 Suria Tuaran
Atukoi FM bersama rakan penganjur
Atukoi FM bersama rakan penganjur

Majlis ini dirasmikan oleh wakil Y.B. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd Noor Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah Merangkap ADUN N.10 Sulaman.

Kehadiran beberapa artis tempatan nyata menambah kemeriahan suasana. Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan Projektukoi Lawalah Band yang dianggotai oleh Benn Simon, Rey Kimara, Felix Agus, Jass The Janggut Band dan Lobo Daing-daing.  Tidak ketinggalan juga persembahan dari Sakinah, Rubisa Tiasin dan juga Busska Busker turut menyerikan majlis.

Band Projek Projectukoi Lawalah Band membuat persembahan
Projektukoi Lawalah Band membuat persembahan

Anak Yatim dari Yayasan 1 Suria Tuaran turut menerima beberapa sumbangan aidilfitri yang disediakan oleh pihak penganjur.

Sumbangan Aidilfitri untuk adik-adik dari Rumah Anak Yatim Yayasan 1 Suria Tuaran
Sumbangan Aidilfitri untuk adik-adik dari Yayasan 1 Suria Tuaran

Sebagai Radio Komuniti Sabah, program seperti ini pastinya akan diteruskan dimasa akan datang sebagai salah satu cara kita menjalin ikatan persahabatan melalui perayaan yang terdapat di Negara kita tanpa mengira bangsa dan agama.

Atuuukoi! Punya Sadap!

Leave a Reply

Top