You are here
Home > Highlights > Lagu Despacito Tidak Memasuki Playlist Atukoi FM

Lagu Despacito Tidak Memasuki Playlist Atukoi FM

Terkini: Sumber mStar Online dan Bernama melaporkan bahawa RTM telah menghentikan penyiaran lagu Despacito di semua stesen radio dan televisyen miliknya. Kapsyen tajuk “Lagu Despacito Dihentikan Di RTM” itu dilaporkan menerusi portal berita mStar Online.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik balik kelulusan. Beliau berkata “Sehubungan dengan itu, RTM memberhentikan siaran lagu tersebut di semua stesen radio dan TV RTM berkuat kuasa serta-merta”.

Sebelum ini terdapat pihak yang meminta agar penyiaran lagu itu dihentikan kerana liriknya berunsur lucah.

Untuk makluman, lagu Despicato tidak pernah memasuki senarai putar Atukoi FM kerana setiap lagu yang dipilih sememangnya dipantau menerusi ‘self regulation’ stesen bagi memastikan setiap lagu yang diputar tidak mempunyai unsur lucah, berbaur politik, menyentuh sensitiviti agama/perkauman atau yang boleh mencetuskan sesuatu situasi yang diluar jangka.

Lirik yang mungkin dimaksudkan itu ialah “The way you nibble on my ear, the only words I wanna hear
Baby take it slow so we can last long” yang menggambarkan lirik yang lucah.

Atukoi FM boleh didengar secara online di web atukoifm.com atau menerusi aplikasi Android Best Malaysia Radio dan juga RadioAir.

Leave a Reply

Top