You are here
Home > Siaran Berita > Sukan > Mark Jumin Naib Johan Di Hong Kong International Dart Festival 2017

Mark Jumin Naib Johan Di Hong Kong International Dart Festival 2017

Sukan ini mungkin kurang popular, tetapi ia tidak dapat menghalang warga Sabah untuk berbangga kerana orang Tamparuli, Mark Jumin bersama rakan seperjuangannya Mohd Nasir bin Jantan berjaya dinobatkan Naib Johan dalam Hong Kong International Dart Festival di Kowloon International Track Exhibition Centre (KITEC) pada 14 hingga 15 Julai 2017 yang lalu.

Pertandingan yang disertai oleh 8 negara itu iaitu Hong Kong (Tuan Rumah), Thailand, Taiwan, Macau, Korea, China, Japan dan termasuk Malaysia (Jemputan) terbahagi kepada 3 kategori iaitu Team Event, Mixed Double dan Max Rating Double. Mark Jumin dan Mohd Nasir mendapat Naib Johan dalam kategori Max Rating Double selepas tewas kepada wakil Tuan Rumah, Hong Kong.

Mark Jumin tiga (3) dari kiri bersama rakan seperjuangannya
Mark Jumin tiga (3) dari kiri bersama rakan seperjuangannya

Mark Jumin yang baru 3 tahun setengah berkecimpung dalam sukan dart sebelum ini pernah mengecapi beberapa kejayaan seperti Naib Johan dalam Steeltip-Malaysia Open 2016 Kategori Single, juga Naib Johan dalam Asia PDC Qualifier 2016 Kategori Single dan Johan dalam Kuching International Open 2016 bersama team IZING dalam Kategori Team Event.

Beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika artikel ini ditulis mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokongnya. Katanya,

“Saya sangat berterima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan kerana sentiasa menyokong saya dalam jatuh dan bangun saya selama ini. Saya tidak pernah putus harapan untuk mendapatkan kejayaan selama ini.”

Selain itu beliau juga amat berbangga kerana dapat mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di persada dunia.

“Dengan kejayaan yang saya dapat sekarang, saya sangat bersyukur kerana dengan kejayaan ini saya dapat mengharumkan negeri kelahiran saya Sabah Negeri di Bawah Bayu dan Malaysia di persada antarabangsa.”

“Atuukoi!” akhiri beliau.

Trofi kebanggaan yang dimenangi oleh Marj Jumin dan Mohd Nasir
Trofi kebanggaan yang dimenangi oleh Mark Jumin dan Mohd Nasir

Kita harapkan mereka yang kini berada dibawah naungan VSPhoenix Malaysia Sdn. Bhd. dapat kejayaan yang lebih tinggi lagi selepas ini. Atukoi FM mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan mereka berdua khususnya kepada anak tempatan, Mark Jumin!

Leave a Reply

Top