You are here
Home > Siaran Berita > Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017

Nick Arddley Juara Punya Sadap Sabah Talent 2017

Punya Sadap Sabah Talent 2017 Season 1 (PSST 2017) telahpun melabuhkan tirainya semalam (30 Jun 2017) bertempat di Dewan KDCA Penampang dengan Nick Arddley Nicholas muncul juara bagi musim pertama.

Sebahagian dari aksi Nick
Sebahagian dari aksi Arddley

Kehebatan vokal serta kemahiran bermain Keyboard jejaka Tambunan ini telah menewaskan pesaing kuat seperti Funk Brotherz dan Newborn Native sekaligus membawa pulang hadiah utama RM10 000 berserta trofi.

Antara aksi memukau Funk Brotherz
Antara aksi memukau Funk Brotherz
Persembahan alat muzik tradisional dari Newborn Native
Persembahan alat muzik tradisional dari Newborn Native

Pertandingan yang dianjurkan oleh D’angels Event Organizer dengan kerjasama D’angels Music Academy ini turut memberikan RM1000 sebagai hadiah saguhati kepada 9 peserta lain.

Kami dari Atukoi FM sebagai radio rasmi ingin mengucapkan tahniah kepada Nick Arddley dan 9 peserta lain. Kehebatan mereka menjadi salah satu sebab pertandingan ini berlangsung dengan jayanya.

10 peserta akhir PSST 2017 bersama penganjur
10 peserta akhir PSST 2017 bersama penganjur dan Atukoi FM

Senarai penuh peserta: Nick Arddley Nicholas (nyanyian), Funk Brotherz (nyanian&tarian), Newborn Native (permainan alat muzik), Leonardo (Beatbox&Breakdance), Bamboo Woods (permainan alat muzik), The Puppet and Mr.Beatboxer (Ventriloquist&Beatbox), Borneo Rumble Kids (Tarian), Tambuakar (aksi ngeri), Donovond Addreey Damianus (nyanyian), dan Grandcious (tarian).

Kredit Gambar : https://web.facebook.com/jayjay.chrystie

Leave a Reply

Top