You are here
Home > Siaran Berita > Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Taman Tun Fuad Anjurkan Minggu Pendidikan Khas 24 hingga 27 Julai ini.

Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Taman Tun Fuad Anjurkan Minggu Pendidikan Khas 24 hingga 27 Julai ini.

Minggu Pendidikan Khas bakal dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Taman Tun Fuad dengan kerjasama Pihak PIBG dan sokongan dari beberapa sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Penampang dan Kota Kinabalu serta turut mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Khas, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu.

Program yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 Julai ini, dipengerusikan oleh Pengetua SMK Taman Tun Fuad, Hajah Wanihim Othman manakala Puan Veronica Gom Amin bertindak selaku Penyelaras Program. Program seperti ini juga merupakan julung kalinya dianjurkan oleh PPKI yang juga baru dibuka pada tahun 2015.

Pelbagai aktiviti telahpun disusun untuk murid-murid Pendidikan Khas antaranya ialah Bengkel Muzik ukulele dan drum cajon serta pertandingan karaoke yang akan dikendalikan oleh adik beradik Nick Auddrey dan Nick Arddley (Juara program Punya Sadap Sabah Talent 2017). Selain itu ialah aktiviti Jombu Sale, pertandingan melukis, pertandingan memasak, pertandingan memancing, peraduan teka jumlah kacang dan banyak lagi.

Sebahagian dari aksi Nick Arddley ketika final PSST 2017
Sebahagian dari aksi Nick Arddley ketika final PSST 2017

Tidak ketinggalan, murid-murid Pendidikan Khas bakal dihiburkan oleh persembahan Nick Arddley dengan keyboardnya seperti pada malam final Punya Sadap Sabah Talent 2017 lepas yang menyaksikan beliau diangkat menjadi juara.

Murid-murid Pendidikan Khas ini terdiri daripada murid dalam kategori Slow Learner, Down Syndrom, Hyperactive, Autisme, ADHD Disorder dan sebagainya. Tujuan Minggu Pendidikan Khas ini dijalankan adalah untuk memberikan mereka ruang untuk mencuba tahap kebolehan mereka agar mereka sedar bahawa mereka juga berpotensi seperti anak-anak yang lain. Disamping itu juga untuk menyedarkan masyarakat bahawasanya golongan ini memiliki potensi tersendiri dan harus diberikan peluang yang sama seperti anak-anak lain.

5eb5468b-c4d0-4b9e-aa3e-51d5b1b1467c
Sebahagian dari murid-murid pendidikan khas PPKI
Sebahagian dari aktiviti murid-murid pendidikan khas PPKI
Sebahagian dari aktiviti murid-murid pendidikan khas PPKI

Kalau anda diluar sana mahu datang melawat, datanglah dari sekitar jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari sepanjang minggu tersebut di Bangunan Pendidikan Khas, SMK Taman Tun Fuad. Untuk apa-apa info atau pertanyaan, boleh hubungi Puan Veronica Gom Amin (016-8179273) atau Hajah Malinah Ahmad (019-8216174).

Leave a Reply

Top