You are here
Home > Arena Musik & Artis Sabah > Rhowell Rolland Akan Mewakili Malaysia Ke Pertandingan Asia’s Got Talent

Rhowell Rolland Akan Mewakili Malaysia Ke Pertandingan Asia’s Got Talent

Kini warga Sabah memiliki satu lagi sebab untuk berbangga menjadi sebahagian dari negeri ini. Rhowell Roland, 26 tahun, berasal dari Daerah Tuaran bakal mewakili Malaysia ke Asia’s Got Talent 2017, satu pertandingan bakat terbesar di rantau Asia yang bakal membuka tirai pada hujung bulan ini secara berperingkat.

Kebolehan beliau menyanyi dengan suara ‘countertenor’ dalam ganre muzik klasik nyata menjadikan beliau memiliki bakat yang ‘rare’ sekaligus membolehkan beliau layak memasuki pertandingan Asia’s Got Talent yang bakal memasuki musim ke-2 pada tahun ini.

Beliau yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Seni Muzik) di Universiti Malaysia Sabah, berkata beliau sangat teruja untuk beraksi dan berhadapan dengan para juri.

Juri bagi musim terbaru telahpun didedahkan petang tadi. Dua dari mereka merupakan juri lama iaitu David Foster dan Anggun dan juri baru bagi musim ini ialah Jay Park.

Juga merupakan seorang guru vokal dan piano, Rhowell akan berlepas pada 6 Ogos ini ke Johor untuk mempersembahkan bakatnya dimata dunia.

Atukoi FM mengucapkan semoga berjaya buat Rhowell Rolland!

Leave a Reply

Top