You are here
Home > Siaran Berita > Tagap Dance Theatre Harumkan Malaysia Di Jerman

Tagap Dance Theatre Harumkan Malaysia Di Jerman

Tagap Dance Theatre membuktikan anak-anak Sabah mampu mengharumkan nama negara apabila kumpulan ini berjaya memungut 3 pingat dalam kejohanan Dance World Cup 2017 yang diadakan di Offenburg, Jerman pada 23 Jun hingga 1 julai 2017 yang lalu.

Dance World Cup 2017 mempertaruhkan beberapa ganre dan Tagap Dance Theatre berjaya menghasilkan pingat 3 daripadanya. Adhli Sa’adilah berjaya memenangi pingat emas manakala Md. Azizan Daniel berhasil mendapatkan pingat perak masing-masing dalam ganre Senior Solo Modern.

Manakala pasangan Daniel Askal dan Noreba Natasya Berjaya merangkul pingat gangsa dalam ganre Duet National and Folklore.

IMG-20170706-WA0010

Tidak lupa juga kepada Carey Didier dan Azif Shah yang berhasil mendapat tempat ke-4 dalam ganre Duet Hip Hop.

IMG_20170707_090226_873

Atukoi FM mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan mereka membawa nama Malayisa ke Peringkat Dunia.

Sumber: dwcworld.com, careydiddy@yahoo.com

Leave a Reply

Top