You are here
Home > Siaran Berita > Sukan > Skuad Remaja Muay Thai Sabah Pungut 8 Pingat Emas

Skuad Remaja Muay Thai Sabah Pungut 8 Pingat Emas

Skuad Remaja Muay Thai Sabah memenangi 8 pingat emas dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Kebangsaan dan Antara Negeri Kebangsaan yang berakhir di Starling Mall, Damansara Utama, Selangor pada Ahad lepas.

Menurut Daily Express, 8 pingat emas tersebut dimenangi oleh 5 atlet senior dan 3 atlet remaja. Lima atlet senior itu adalah Mohamad Rayyan Rizqin Mohamad Kassim, Sunny N Sabordino, Mohamad Rizal, Ronald James Tee Chee Xiang dan Md Noor Ghani. Manakala atlet remaja yang memenangi pingat emas ialah Danish, Daniel Fiediens Maideh dan Khallen Barthez Jafili.

Tidak lupa juga kepada 4 atlet remaja yang berjaya membawa pulang pingat perak seperti Alyshah Suhana Shazam, Nurfaiz Iskandar Daud, Kenny Jafili dan Mohd Syazmiel Shazam.

Disamping itu, Sabah juga berjaya memenangi 3 pingat gangsa menerusi Shah Aryan Shazam, Areen Khan Shazam dan Mohamad Rahmad Rahman.

Kami dari Atukoi FM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Skuad Remaja Muay Thai Sabah dan Persatuan Muay Thai Sabah serta ‘Team Karabaw’ !

Sumber: Daily Express

Kredit Foto : Maman Ajmain

Leave a Reply

Top