You are here
Home > Mari ke Sabah! > Terokai Linangkit Cultural Village

Terokai Linangkit Cultural Village

Ingin mengenali budaya setempat? Mari kita ke Kampung Budaya Linangkit atau lebih popular dengan nama Linangkit Cultural Village yang terletak di Tuaran. Dengan berkunjung ke sini, anda boleh mengetahui secara peribadi budaya masyarakat Lotud iaitu salah satu daripada 32 kumpulan etnik di Sabah.

Lokasi
LCV Terletak di Kampung Selupoh iaitu kira-kira satu jam perjalanan dari bandaraya Kota Kinabalu (KK). LCV (Kampung Budaya Linangkit) menjanjikan pengalaman yang cukup unik kepada para pengunjung di mana anda boleh melihat secara mendalam warisan sosial dan budaya yang kaya daripada orang Lotud Sabah.

Antara aktiviti menarik yang boleh diterokai di LCV ialah seperti lawatan berpandu di sekitar kampung, ‘try-on’/mencuba pakaian tradisional, demonstrasi kraftangan, demonstrasi penyediaan makanan tradisional, cara menjaring ikan tradisional, memetik ubi kayu, persembahan kebudayaan , pelayaran sungai dan menonton kelip-kelip. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba makanan tradisional Lotud semasa lawatan mereka.

Kemudahan Yang Disediakan:
-Floating Dewan pelbagai guna (dilengkapi dengan gelanggang badminton [2 Standardize])
-Fitness Gym
-Karaoke Bar
-Cafe
-Pusat Aktiviti Kanak-kanak

Waktu Lawatan/Dibuka:
Kampung Budaya Linangkit dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Bayaran/Tiket Masuk:

Tempahan Awal

Ketibaan Pagi
Warganegara Malaysia: RM 60.00
Bukan Malaysia: RM 70.00

Ketibaan Petang
Warganegara Malaysia: RM 50.00
Bukan Malaysia: RM 60.00

Ketibaan Malam
Warganegara Malaysia: RM 70.00
Bukan Malaysia: RM 85.00

Minimum 3 Pax, Maximum 80 pax

Pakej termasuk: Lawatan berpandu, mencuba pakaian tradisional, demonstrasi kraftangan, demonstrasi makanan tradisional, jaring ikan tradisional & memetik ubi kayu (Pagi & Petang), persembahan kebudayaan (Petang & Malam), pelayaran sungai & kelip-kelip menonton (Malam) Makan tengah hari dan Tradisional / Hi-Tea / Dinner.

Walk-In/Tanpa Tempahan Awal

Senior (50 tahun ke atas)
Warganegara Malaysia: RM 20.00
Bukan Malaysia: RM 35.00

Dewasa
Warganegara Malaysia: RM 25.00
Bukan Malaysia: RM 40.00

Pelajar
Warganegara Malaysia: RM 25.00
Bukan Malaysia: RM 30.00

Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)
Warganegara Malaysia: RM10.00
Bukan Malaysia: RM 20.00

Kanak-kanak (di bawah umur 6 tahun)
Warganegara Malaysia: F.O.C
Bukan Malaysia: F.O.C

Bayaran masuk termasuk: Welcome drink, merasa pinang & rokok asli, aktiviti lawatan berpandu.

* Tiga (3) jam tempahan awal diperlukan untuk pengunjung yang ingin masuk secara walk-in.

kredit kepada/Ihsan: http://www.mysabah.com/

Leave a Reply

Top