You are here
Home > Arena Musik & Artis Sabah > The Male Efficient Mendapat Pingat Emas Dalam Pertandingan Koir Kebangsaan

The Male Efficient Mendapat Pingat Emas Dalam Pertandingan Koir Kebangsaan

Meskipun sudah pernah mengadakan persembahan di Pesta Kaamatan KDCA 2017 dan juga North Borneo Music Festival mungkin ramai dari kalangan kita yang masih belum mengenali kumpulan koir ini. The Male-Efficient atau TME sebuah kumpulan koir komuniti lelaki (All male choir) yang berpangkalan di Kota Kinabalu, baru-baru ini telah membuktikan kehebatan mereka dengan memenangi pingat emas dalam 15th Malaysian Choral Eisteddfod National Choir Competition 2017 yang diadakan di Auditorium SJCK Yuk Chai, Petaling Jaya.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu iaitu dari 8 hingga 9 Julai 2017, disertai oleh 44 pasukan koir dari seluruh Malaysia dan terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka. TME mendapat pingat emas dalam Kategori Terbuka.

Pengasas dan Pengarah TME, En. Lesley George ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya, luahan gembira itu kita dapat baca dari laman facebook milik beliau, katanya:

’Another great experience gained! Singing together on the same stage with other 43 teams from all over Malaysia is such an honour. No words can describe how grateful am I right now’.

Menurut beliau juga, dedikasi, bakat serta minat yang ada pada kumpulan ini menjadi kunci utama kejayaan mereka..

“The Male-Efficient, they are the most 27 dedicated and talented gentlemen I’ve known and this is the main reason to this achievement. Based on passion, we made it!”

Bermula dengan sebuah pasukan koir untuk majlis perkahwinan sahabat

TME yang dianggotai 28 orang termasuk konduktor En. Dunstan Oswald Roland ini, sebenarnya terdiri daripada individu-individu dari serata Sabah dan berkerja dalam pelbagai bidang seperti guru, eksekutif, jurutera, doctor, IT  Consultant, Pegawai Bank, hotelier, polis dan juga pelajar kolej.

Anggota The Male-Efficient
Anggota The Male-Efficient

Kembali ke Jun 2015 dimana merupakan peristiwa yang cukup bermakna bagi TME. Mereka secara spontan tertubuh apabila mereka membentuk pasukan koir untuk mengiringi seorang sahabat yang melangsungkan perkahwinan. Pada ketika itu, TME dikenali sebagai Bellivan.

Selepas majlis perkahwinan tersebut, En. Lesley George telah mengumpulkan semula ahli pasukan koir Bellivan serta turut menjemput lebih ramai ahli baru yang mempunyai minat yang sama untuk menyertai pasukan koir ini termasuk En. Dunstan Oswald Roland sebagai konduktor, dan mereka akhirnya memilih nama The Male-Efficient atau TME sebagai nama yang baru. TME ditubuhkan secara rasmi pada 5 September 2015.

Kini, mereka merupakan koir lelaki pertama di Sabah yang berdaftar dibawah Creative and Innovative Minds Association Sabah. Poingka!

Highlight lain TME dalam industri hiburan

Selain dijemput mengadakan persembahan dalam majlis formal dan perkahwinan, TME turut dijemput sebagai Artis Jemputan untuk mengadakan persembahan dibeberapa konsert contohnya di IUC in Concert, Perasmian Pembukaan Pesta Kaamatan 2017 di Tambunan, Pesta Kaamatan di KDCA pada tahun 2017 dan juga North Borneo Music Festival 2017.

Ketika mengadakan persembahan pembukaan di Pesta Kaamatan 2017 Tambunan
Ketika mengadakan persembahan pembukaan di Pesta Kaamatan 2017 Tambunan

Disamping itu, TME juga telah mengadakan konsert sulungnya pada bulan Mac 2017 yang lalu dengan tajuk The Male Efficient and Friends in Concert bertempat di Dewan Masyarakat Papar.

Mereka juga sebelum ini pernah memenangi pingat emas dalam pertandingan 1st Sabah Choir Festival 2015 dan tidak cukup dengan itu, mereka juga berjaya membawa pulang pingat perak tahap 8 dalam pertandingan 5th Bali International Choir Festival. Bukan calang-calang kan?

Gambar kenangan ketika di 5th Bali International Choir Festival
Gambar kenangan ketika di 5th Bali International Choir Festival

Atukoi FM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan mereka baru-baru ini sekaligus menjadi kebanggaan kepada warga Sabah.

Kamurang diluar sana kalau ingin menghubungi TME untuk apa-apa tempahan bolehlah hubungi En. Lesley George (Director) pada nombor 019-8014284 atau kamurang boleh juga ikuti diorang di Facebook (The Male-Efficient) dan Instagram (The Male-Efficient).

Leave a Reply

Top