You are here
Home > Kalendar Aktiviti di Atukoi FM > Ujibakat Terakhir PSST 2017

Ujibakat Terakhir PSST 2017

Ujibakat Punya Sadap Sabah Talent 2017 (PSST 2017) kini di peringkat yang terakhir sebelum malam final pada 30 Jun nanti.

Setelah melalui dua sesi ujibakat pada 9 dan 16 Jun yang lalu dengan melibatkan sekitar 34 peserta, PSST 2017 kini mempunyai satu lagi sesi untuk memilih 10 peserta yang layak ke peringkat akhir.

Jadi bagi kamurang yang terlepas dua sesi sebelum ini, bolehlah menyertai sesi ujibakat yang terakhir ini pada 23 Jun 2017 bertempat di Dewan Terbuka KDCA, Penampang. Yuran adalah RM100 bagi peserta solo dan RM250 bagi peserta berkumpulan.

PSST 2017 menerima apa saja bakat kamurang dengan hadiah utamanya berjumlah RM10 000 dan tempat ke-2 hingga tempat ke-10 bakal menerima RM1000 sebagai saguhati.

Bah daftar kamurang, capat!

Link pendaftaran : http://atukoifm.com/index.php/punya-sadap-sabah-talent-season-1/

Leave a Reply

Top