You are here
Home > Siaran Berita > Hiburan Luar Negara > Vokalis Linkin Park Meninggal Dunia

Vokalis Linkin Park Meninggal Dunia

Ketua Vokalis Linkin Park, Chester Bennington telah meninggal dunia semalam di kediamannya, Palos Verdes. Beliau meninggal dunia pada usia 41 tahun.

Ketua Operasi Jabatan Koroner Los Angeles, Brian Elias mengesahkan kematian tersebut dan menyatakan kematian itu akan disiasat sebagai kes bunuh diri. Sementara laman web hiburan, TMZ memetik sumber polis berkata Bennington menggantung diri ketika bersendirian di rumah dan keluarganya berada di luar Bandar.

Bennington menyertai Linkin Park pada tahun 1998 selepas beliau berjaya melepasi peringkat ujibakat untuk menjadi ketua vokalis band tersebut. Ketika itu band tersebut masih menggunakan nama Xero sebelum ditukar kepada Hybrid Theory dan kemudiannya kepada Linkin Park.

Sejak debut pada tahun 2000, Linkin Park telah menjual lebih daripada 70 juta album di seluruh dunia dan telah 2 kali memenangi anugerah Grammy iaitu pada tahun 2002 dalam kategori Best Hard Rock Performance menerusi lagu Crawling dan pada tahun 2006 dalam kategori Best Rap Song menerusi lagu Numb.

Berikut adalah diskografi mereka:

Hybrid Theory (2000), Meteora (2003), Minutes to Midnight (2007), A Thousand Suns (2010), Living Things (2012), The Hunting Party (2014), One More Light (2017)

Selamat tinggal selamanya penghibur kami, selamat tinggal lagenda! Terima kasih kerana menghiburkan kami sejak zaman walkman dan discman lagi! In The End, Numb tidak akan kami lupa!

Sumber: The New York Times, Wikipedia

Photo Credit: NG/MUSIC PICS/REX/SHUTTERSTOCK

Leave a Reply

Top